Fun With E-Learing

23 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Julai 2024, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Fun with e-Learning” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Pembelajaran kali ini, staf NADI memberi tunjuk ajar kepada Adik Aeydith yang berusia 4 tahun melalui website abcya.com. Permainan membuat Donut iaitu peserta perlu mencari bentuk dan warna donut yang sama dan yang berbeza. Selain daripada itu, melalui permainan ini, peserta dapat mengenal warna, bentuk dan tahu membezakan bentuk dan warna tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali